Kesihatan

Sains Di Sebalik Peptida: Betul Ke Boleh Tingkatkan Prestasi Workout?

Dalam dunia kecergasan hari ini, peptida sering dipromosikan sebagai rahsia untuk recovery lebih cepat dan prestasi lebih baik.Kalau anda pernah nampak iklan di media sosial, mesti pernah dengar dakwaan seperti bantu besarkan otot, kurangkan sakit sendi dan percepatkan pemulihan.

Namun persoalannya, adakah semua ini disokong oleh sains atau sekadar pemasaran?

Apa Itu Peptida?

Peptida ialah rangkaian pendek asid amino, iaitu bahan asas pembentukan protein dalam badan.Secara ringkas, peptida ialah protein yang sudah dipecahkan supaya lebih mudah diserap badan.

Berbanding kolagen biasa yang sukar dihadam, peptida kolagen lebih kecil dan lebih mudah masuk ke dalam aliran darah. Lebih cepat diserap, lebih cepat digunakan oleh badan.

Adakah Peptida Berkesan Untuk Workout?

Jawapannya: ya, tetapi bergantung pada jenis dan tujuan.

Untuk Bina Otot

Whey protein masih lebih berkesan untuk pembesaran otot berbanding peptida kolagen. Namun, kedua dua whey dan kolagen boleh meningkatkan kekuatan dan kuasa otot.

Untuk Sendi dan Prestasi

Di sinilah peptida kolagen lebih menonjol. Peptida kolagen bersama vitamin C membantu pembentukan kolagen yang lebih kuat dalam badan.

Kesan utama:

  • Tendon menjadi lebih kuat dan elastik
  • Prestasi eksplosif seperti lompatan boleh meningkat
  • Risiko kecederaan mungkin berkurang

Untuk Recovery

Kajian menunjukkan:

  • 15 gram kolagen bersama vitamin C sebelum workout boleh merangsang pembentukan kolagen baru
  • 20 gram kolagen sehari boleh mengurangkan sakit otot
  • Membantu mempercepatkan pemulihan selepas senaman berat

Kenapa Hasil Kajian Tidak Konsisten?

Walaupun nampak menarik, penting untuk tahu: Banyak kajian masih berskala kecil, jadi hasilnya belum tentu sama untuk semua orang. Selain itu, setiap produk peptida berbeza dari segi kualiti dan struktur, jadi kesannya juga boleh berbeza.

Badan akan menggunakan peptida di mana ia paling diperlukan, bukan semestinya di bahagian yang anda sasarkan.

Adakah Peptida Selamat?

Secara umum, peptida dianggap selamat dan mudah diterima oleh badan. Ini kerana ia berasal daripada sumber protein biasa.

Namun, ada satu perkara yang perlu diberi perhatian. Risiko pencemaran daripada sumber, terutamanya produk berasaskan laut.

Sesetengah produk mungkin mengandungi:

  • Merkuri
  • Arsenik dalam jumlah kecil

Walaupun biasanya masih dalam tahap selamat, kualiti produk sangat penting.

Kesimpulan

Peptida bukan produk magik, tetapi ia mempunyai fungsi tertentu.

Ringkasnya:

  • Whey protein sesuai untuk bina otot
  • Peptida kolagen sesuai untuk kesihatan sendi dan recovery

Akhir sekali, suplemen hanyalah tambahan, bukan pengganti diet seimbang dan latihan konsisten.

Sumber

You may also like

Kesihatan

Ozempic tak cukup power?Kajian buktikan ada cara 5 Kali Ganda Lebih Efektif Daripada Ozempic

Ramai yang tahu keberkesanan ubat seperti Ozempic dan ubat semaglutide lain dalam membantu penurunan berat badan. Tapi, kajian terbaru menunjukkan
Kesihatan

Kajian Baru: Asyik Duduk Je? Ini Cara Nak ‘Balance’ Semula Kesan Buruk Duduk Terlalu Lama

Kita semua tahu duduk lama sangat tak elok untuk badan. Tapi persoalannya, kalau dah memang kerja depan komputer dari pagi