Kesihatan

Kajian Baru: Asyik Duduk Je? Ini Cara Nak ‘Balance’ Semula Kesan Buruk Duduk Terlalu Lama

Kita semua tahu duduk lama sangat tak elok untuk badan. Tapi persoalannya, kalau dah memang kerja depan komputer dari pagi sampai petang, berapa lama kita kena bersenam untuk seimbangkan semula kesan buruk tu?

Jawapan daripada para saintis: lebih kurang 30 ke 40 minit aktiviti fizikal yang buat badan berpeluh setiap hari dah cukup untuk lawan balik kesan duduk sepanjang hari.

Senaman ni tak semestinya kena pergi gym pun. Aktiviti seperti berjalan laju, berbasikal, berkebun, bersihkan rumah, main dengan anak-anak atau haiwan peliharaan pun dikira.

Kajian yang dijalankan ni sebenarnya ambil data daripada sembilan kajian lain. Jumlah keseluruhan responden ialah lebih 44 ribu orang dari empat negara berbeza. Yang menariknya, mereka semua pakai jam kecergasan atau tracker, jadi data yang dikumpul lebih tepat dan bukan sekadar anggaran ingatan.

Apa yang para saintis jumpa?

Mereka yang duduk lebih sepuluh jam sehari tapi buat 30 ke 40 minit senaman intensiti sederhana ke tinggi, mempunyai risiko kematian yang lebih rendah. Malah risiko mereka hampir sama dengan orang yang kurang duduk.

Pendek cerita, kalau kita boleh cari masa untuk aktif setiap hari, kita masih boleh lindungi diri daripada kesan buruk duduk lama.

Tak sempat nak buat 30 minit terus? Tak apa. Mula sikit-sikit dulu.

Bangun sekejap dari kerusi. Jalan-jalan keliling rumah. Ambil tangga bukan lif. Main kejar-kejar dengan anak atau kucing. Yang penting, jangan biarkan diri terlalu lama statik.

Kajian ni juga selari dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO. Mereka cadangkan kita buat antara 150 ke 300 minit senaman sederhana atau 75 ke 150 minit senaman tinggi intensiti seminggu. Kalau pecah-pecahkan ikut hari, lebih kurang 30 minit sehari sahaja.

Saintis dari Universiti Sydney, Prof Emmanuel Stamatakis, kata semua jenis aktiviti fizikal tu dikira. Jangan pandang ringan. Gerak sikit pun dah bagus daripada langsung tak gerak.

Kesimpulannya?

Jangan biar kerusi jadi sahabat paling rapat. Walaupun kerja kita memang memerlukan banyak masa duduk, kita masih boleh jaga kesihatan dengan cari ruang untuk aktif setiap hari.

Kalau tak boleh terus 30 minit, mula dengan 5 ke 10 minit pun tak apa. Yang penting, konsisten. Badan kita akan berterima kasih nanti.

Sumber

You may also like

Kesihatan

Ozempic tak cukup power?Kajian buktikan ada cara 5 Kali Ganda Lebih Efektif Daripada Ozempic

Ramai yang tahu keberkesanan ubat seperti Ozempic dan ubat semaglutide lain dalam membantu penurunan berat badan. Tapi, kajian terbaru menunjukkan
Kesihatan

Rawatan Baharu Ini Mungkin Boleh Pulihkan Diabetes Jenis 1 Kronik, Kata Kajian

Bayangkan jika penghidap diabetes jenis 1 kronik tak perlu lagi bergantung kepada suntikan insulin seumur hidup. Bunyi macam mustahil, kan?