Kesihatan Manusia

Kesan Mounjaro Terhadap ‘Cravings’ Dalam Otak Diukur Buat Pertama Kali

Ubat penurunan berat badan seperti Ozempic, Wegovy, dan Mounjaro (tirzepatide) semakin terkenal kerana keberkesanannya mengawal selera makan dan membantu pesakit menurunkan berat badan. Namun sehingga kini, saintis masih belum benar-benar memahami apa yang berlaku di dalam otak apabila seseorang mengambil ubat-ubat ini.

Kajian baharu dan yang pertama dilakukan pada manusia kini memberikan gambaran awal tentang bagaimana Mounjaro mempengaruhi isyarat otak yang berkait dengan keinginan makan atau “cravings”.

Kajian Pertama Yang Melihat Terus Kesan Tirzepatide Pada Otak

Kajian ini melibatkan tiga peserta yang mengalami obesiti teruk dan bergelut dengan keinginan makan berlebihan. Mereka juga tidak menunjukkan respon baik terhadap rawatan penurunan berat badan sebelum ini.

Apabila para peserta mengalami pemikiran obsesif terhadap makanan atau keinginan makan yang kuat, satu bahagian otak yang dipanggil nucleus accumbens menunjukkan isyarat delta–theta yang lebih kuat. Isyarat ini berkaitan sistem ganjaran otak bahagian yang membuat kita rasa terdorong untuk makan atau mendapatkan sesuatu yang kita inginkan.

Semua peserta pernah menjalani pembedahan bariatrik sebelum ini, namun tetap mengalami kesukaran mengawal fikiran tentang makanan.
Dua peserta menerima rangsangan otak dalam (deep brain stimulation), manakala peserta ketiga telah diberi tirzepatide untuk merawat diabetes jenis 2.

Untuk mengukur aktiviti otak, doktor memasang elektrod secara terus ke nucleus accumbens setiap peserta.

Penemuan Menarik Pada Peserta Yang Mengambil Mounjaro

Secara kebetulan, peserta ketiga menerima kenaikan dos tirzepatide pada waktu yang hampir sama dengan pembedahan implan elektrodnya. Dalam tempoh empat bulan berikutnya, peserta ini mencatat jumlah episod “obsesi makanan” yang sangat rendah.

Ketika beliau mengalami craving, isyarat delta–theta hampir tidak dapat dibezakan daripada saat otak berada dalam keadaan normal tanpa food noise.
Ini sangat berbeza daripada dua peserta lain yang masih menunjukkan peningkatan isyarat delta–theta apabila craving muncul.

Namun perubahan positif itu tidak kekal lama.

Kesan Positif Tidak Bertahan Selamanya

Sekitar lima hingga tujuh bulan selepas pembedahan, peserta yang mengambil tirzepatide mula kembali mengalami craving kuat dan fikiran obsesif terhadap makanan, walaupun sudah berada pada dos maksimum.

The third participant started taking tirzepatide for their diabetes 4 months before they had a brain implant inserted. (Choi et al., Nat. Med., 2025)

Pada waktu ini, isyarat delta–theta dalam nucleus accumbens meningkat semula, menunjukkan hubungan rapat antara aktiviti otak dan “food noise”.

Para penyelidik menyatakan bahawa corak gelombang ini mungkin suatu hari nanti boleh dijadikan penanda sasaran (biomarker) untuk mengesan atau merawat gangguan makan, tetapi mereka menegaskan bahawa hasil ini masih terlalu awal dan memerlukan kajian lebih terkawal.

Brain activity measurements (b) from participant 3 during episodes of severe food preoccupation (a). (Choi et al., Nature Medicine, 2025)

Apa Maksud Kajian Ini?

Mounjaro, seperti ubat GLP-1 lain, bertindak meniru hormon semula jadi yang mengurangkan selera makan dan melambatkan pencernaan.
Kajian ini adalah percubaan awal untuk melihat bagaimana ubat tersebut mengubah aktiviti neurologi berkaitan cravings.

Walaupun jumlah peserta terlalu kecil dan tiada kumpulan kawalan, kajian ini membuka pintu kepada penyelidikan lebih besar termasuk kemungkinan memahami bagaimana ubat penurunan berat badan mengubah sistem ganjaran otak.

Kajian ini diterbitkan dalam jurnal Nature Medicine.

You may also like

Kesihatan

Ozempic tak cukup power?Kajian buktikan ada cara 5 Kali Ganda Lebih Efektif Daripada Ozempic

Ramai yang tahu keberkesanan ubat seperti Ozempic dan ubat semaglutide lain dalam membantu penurunan berat badan. Tapi, kajian terbaru menunjukkan
Kesihatan

Kajian Baru: Asyik Duduk Je? Ini Cara Nak ‘Balance’ Semula Kesan Buruk Duduk Terlalu Lama

Kita semua tahu duduk lama sangat tak elok untuk badan. Tapi persoalannya, kalau dah memang kerja depan komputer dari pagi