Kesihatan Manusia

Ubat HIV Mungkin Bantu Kurangkan Risiko Alzheimer, Kajian Terkini Dedah Potensi Menakjubkan

Siapa sangka, ubat yang biasa digunakan untuk rawat HIV dan hepatitis B mungkin juga boleh bantu kurangkan risiko penyakit Alzheimer. Kajian terbaru dari Amerika Syarikat mendapati bahawa golongan yang mengambil ubat jenis ini yang dipanggil nucleoside reverse transcriptase inhibitors atau NRTI ada risiko lebih rendah untuk menghidap Alzheimer, sejenis penyakit nyanyuk yang makin meningkat dalam kalangan warga emas.

Jadi, apa yang buat ubat ni menarik?

Selain daripada bertindak melawan virus, NRTI juga ada satu lagi fungsi: ia boleh halang sejenis ‘alarm sistem’ dalam badan yang panggil inflammasome. Bila inflammasome ni aktif, ia boleh cetuskan radang atau inflamasi dan kajian sebelum ni tunjuk radang dalam otak mungkin salah satu punca utama Alzheimer.

Dalam kajian ni, penyelidik analisis data kesihatan lebih 271,000 orang berumur 50 tahun ke atas yang ada HIV atau hepatitis B. Hasilnya memang mengejutkan orang yang pernah ambil NRTI menunjukkan risiko lebih rendah untuk dapat Alzheimer berbanding mereka yang guna rawatan lain.

Contohnya, dalam satu pangkalan data (Veterans Health), risiko Alzheimer turun 6% bagi setiap tahun seseorang itu ambil NRTI. Dalam satu lagi data (MarketScan), penurunan risikonya lagi tinggi 13% setahun!

Walaupun kajian ni tak buktikan kesan terus (sebab ia kajian pemerhatian, bukan ujian klinikal), tapi kaitan yang ditunjukkan memang cukup kuat untuk kita ambil perhatian.

Disebabkan potensi ni, para penyelidik kini sarankan agar ubat-ubat NRTI diuji dalam ujian klinikal khusus untuk Alzheimer. Malah, mereka juga sedang bangunkan ubat baru dipanggil K9, versi yang lebih selamat dan berkesan untuk blok inflammasome dan ia dah pun masuk fasa ujian klinikal bagi penyakit lain.

Kalau ubat ni betul-betul berkesan untuk Alzheimer, ia boleh ubah permainan. Bayangkan, pakar kata ia boleh cegah hingga 1 juta kes Alzheimer baru setiap tahun di seluruh dunia!

Kesimpulannya? Kita mungkin semakin hampir dengan rawatan baru untuk Alzheimer, dan siapa sangka jawapannya datang daripada ubat HIV yang dah lama wujud. Satu lagi bukti bahawa sains memang penuh kejutan.

Sumber

You may also like

Kesihatan

Ozempic tak cukup power?Kajian buktikan ada cara 5 Kali Ganda Lebih Efektif Daripada Ozempic

Ramai yang tahu keberkesanan ubat seperti Ozempic dan ubat semaglutide lain dalam membantu penurunan berat badan. Tapi, kajian terbaru menunjukkan
Kesihatan

Kajian Baru: Asyik Duduk Je? Ini Cara Nak ‘Balance’ Semula Kesan Buruk Duduk Terlalu Lama

Kita semua tahu duduk lama sangat tak elok untuk badan. Tapi persoalannya, kalau dah memang kerja depan komputer dari pagi