AI Manusia

AI Buat Hidup Senang Tapi Otak Malas, Betul Ke?

Sejak ChatGPT muncul hampir tiga tahun lalu, impak kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI) terhadap cara kita belajar jadi topik hangat. Ada yang anggap ia alat bantu belajar peribadi terbaik, tapi tak kurang juga yang risau ia buka pintu pada penipuan akademik.

Paling penting, ramai bimbang penggunaan AI akan menyebabkan masyarakat jadi makin blur dan hilang kebolehan berfikir secara kritikal. Katanya, kalau pelajar guna AI terlalu awal, mereka mungkin tak sempat kuasai asas kemahiran menyelesaikan masalah sendiri.

Tapi betul ke AI buat kita makin malas berfikir?

Menurut kajian terbaru dari MIT, memang nampaknya begitu. Guna ChatGPT untuk bantu tulis esei boleh membawa kepada “hutang kognitif” dan potensi penurunan keupayaan untuk belajar dengan baik.

Apa sebenarnya yang kajian ni jumpa?

Selama empat bulan, pasukan MIT uji 54 orang dewasa untuk tulis tiga esei. Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan: satu guna AI (ChatGPT), satu lagi guna enjin carian, dan satu lagi guna otak sendiri je (brain only). Aktiviti kognitif diukur berdasarkan aktiviti elektrik dalam otak dan juga kandungan esei mereka.

Keputusannya? Mereka yang guna AI tunjuk aktiviti otak yang jauh lebih rendah. Mereka juga sukar ingat balik kandungan esei sendiri dan rasa kurang rasa ‘kepunyaan’ terhadap hasil tulisan mereka.

Menariknya, dalam esei keempat, semua peserta tukar peranan. Yang sebelum ni guna otak sendiri kini guna AI, dan sebaliknya. Hasilnya, kumpulan yang beralih dari AI ke otak sendiri perform jauh lebih lemah, walaupun ini adalah kali pertama mereka guna otak je untuk menulis.

Kajian ini mencadangkan bahawa penggunaan AI berterusan boleh menyebabkan otak jadi ‘malas’. Bila tiba masa kena fikir sendiri, otak tak dapat bekerja sebaik kumpulan yang memang dari awal tak bergantung pada AI.

Cuma, kajian ini juga akui bilangan peserta untuk sesi keempat sangat kecil (hanya 18 orang). Jadi hasil ni masih awal dan perlu diuji lebih lanjut.

Jadi betul ke AI buat kita makin bodoh?

Belum tentu. Dari sudut lain, mungkin hasil kajian ini dipengaruhi oleh reka bentuk kajian itu sendiri.

Contohnya, peningkatan aktiviti otak dalam kumpulan brain only mungkin berlaku sebab mereka dah biasa dengan tugasan tersebut. Ini dinamakan familiarisation effect makin kerap kita buat sesuatu, makin cekap otak menyesuaikan diri.

Kumpulan AI pula baru sekali guna otak dalam esei keempat, jadi memang logik kalau mereka tak dapat capai prestasi seperti kumpulan yang dah guna otak dari awal.

Begitu juga, kumpulan yang tukar dari otak ke AI mungkin nampak lebih cekap sebab mereka dah biasa dengan topik esei sebelumnya. Bila guna AI, mereka tahu nak cari info baru dan perkemas apa yang dah ditulis.

Apa maksud semua ni untuk pelajar dan pendidikan?

Nak faham situasi sekarang, kita boleh bandingkan dengan penggunaan kalkulator dulu. Zaman 70an, bila kalkulator mula digunakan, peperiksaan jadi lebih susah. Pelajar masih kena fikir cuma cara mereka fokus dah berubah.

Masalahnya sekarang, ramai pendidik tak naikkan tahap cabaran walaupun AI dah wujud. Tugasan masih sama macam 5 tahun lepas. Jadi memang betul, kalau macam tu, pelajar boleh guna AI untuk siapkan kerja tanpa perlu berfikir pun.

Kesannya? Kemalasan metakognitif pelajar kurang guna otak untuk proses pembelajaran sebenar.

Padahal, AI boleh digunakan untuk buat benda yang dulu mustahil. Contohnya, pelajar pendidikan boleh diminta guna AI untuk reka pelan pengajaran yang terperinci, dan kemudian bentang secara lisan untuk dinilai dari segi logik dan keberkesanan.

Dalam kajian MIT tadi, peserta hanya disuruh tulis esei biasa. Jadi, memang mereka guna AI untuk hasilkan kerja ikut tahap yang diminta je. Kalau diberi tugasan lebih mencabar, mungkin hasilnya berbeza.

Belajar guna AI dengan bijak

Generasi sekarang dan akan datang perlu tahu cara fikir kritikal dan kreatif. Tapi AI sedang mengubah maksud kemahiran ni.

Tulis esei atas kertas bukan lagi tanda bijak. Sama macam buat bahagi panjang tak lagi bukti celik nombor.

Kunci kejayaan masa depan adalah tahu bila, di mana dan macam mana nak guna AI dengan bijak. Penting untuk kita tahu tugasan mana boleh serahkan pada AI untuk kurangkan beban kognitif, dan mana satu perlu kekal guna otak sendiri.

Sumber

You may also like

Kesihatan Manusia

Game Changer! Suntikan Ini Cegah HIV Dengan Keberkesanan 99.9%

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) pada 16 Jun yang lalu telah meluluskan suntikan pencegahan HIV yang hanya perlu
Manusia

Burnout: Salah Kerja Atau Gaya Hidup? Kajian Ini Mungkin Ubah Cara Anda Fikir

Bila dengar perkataan burnout, majoriti daripada kita pasti kaitkan dengan kerja yang terlalu banyak, tekanan daripada bos, atau persekitaran tempat