Kesihatan

Botol Kaca Sebenarnya Mengandungi Lebih Banyak Mikroplastik, Kata Saintis

Kalau selama ini anda fikir botol kaca lebih selamat daripada botol plastik, mungkin dah tiba masanya untuk fikir semula. Satu kajian mengejutkan dari agensi keselamatan makanan Perancis mendapati bahawa minuman dalam botol kaca sebenarnya mengandungi lebih banyak mikroplastik berbanding botol plastik atau tin.

Kajian ini melibatkan pelbagai jenis minuman seperti air kosong, air soda, teh ais, bir dan wain yang dijual di pasaran Perancis. Dan hasilnya memang mengejutkan para penyelidik sendiri.

Menurut Guillaume Duflos, pengarah penyelidikan di agensi ANSES, pasukannya ingin tahu berapa banyak mikroplastik yang terdapat dalam pelbagai jenis minuman serta kesan jenis bekas terhadap jumlah mikroplastik itu.

Hasil kajian menunjukkan secara purata terdapat kira-kira 100 partikel mikroplastik dalam setiap satu liter minuman yang disimpan dalam botol kaca. Jumlah ini adalah 5 hingga 50 kali lebih banyak berbanding minuman dalam botol plastik atau tin logam.

Pelajar PhD yang mengetuai kajian ini, Iseline Chaib, berkata mereka sebenarnya menjangkakan keputusan yang bertentangan. Tapi selepas diperiksa lebih dekat, mereka dapati bahawa bentuk, warna dan komposisi plastik mikro yang dijumpai adalah sama seperti cat di bahagian luar penutup botol kaca.

Cat pada penutup botol kaca ini, menurut agensi ANSES, mempunyai calar-calar halus yang tak dapat dilihat dengan mata kasar – kemungkinan besar akibat geseran antara penutup semasa proses penyimpanan. Geseran inilah yang menyebabkan partikel kecil cat terkeluar dan masuk ke dalam minuman.

Untuk minuman seperti air kosong atau air berkarbonat, jumlah mikroplastik masih rendah – sekitar 4.5 partikel seliter dalam botol kaca dan 1.6 partikel dalam botol plastik. Wain juga mengandungi jumlah yang sangat rendah, walaupun disimpan dalam botol kaca dengan penutup.

Tapi lain ceritanya dengan air manis – air soda mengandungi sekitar 30 partikel mikroplastik seliter, air lemonade 40, dan bir pula sekitar 60 partikel.

Setakat ini, masih belum ada standard rasmi tentang jumlah mikroplastik yang dikira sebagai berbahaya kepada kesihatan, jadi sukar untuk sahkan sama ada angka ini membawa risiko atau tidak.

Namun begitu, agensi ANSES percaya perkara ini boleh dikurangkan dengan mudah oleh pengeluar minuman. Dalam kajian tersebut, mereka cuba satu kaedah pembersihan iaitu meniup penutup botol dengan udara, kemudian dibilas dengan air dan alkohol – dan hasilnya pencemaran mikroplastik berkurang sehingga 60 peratus.

Jadi, mungkin lepas ni kita tak boleh lagi anggap botol kaca itu pilihan yang paling “sihat”. Kadang-kadang, yang nampak lebih ‘natural’ tak semestinya paling bersih.

Kajian ini telah diterbitkan dalam Journal of Food Composition and Analysis pada bulan lalu.

Kalau anda selalu pilih minuman berdasarkan jenis botolnya, mungkin dah tiba masa untuk lebih berhati-hati – bukan semua kaca itu bebas plastik!

sumber

You may also like

Kesihatan

Ozempic tak cukup power?Kajian buktikan ada cara 5 Kali Ganda Lebih Efektif Daripada Ozempic

Ramai yang tahu keberkesanan ubat seperti Ozempic dan ubat semaglutide lain dalam membantu penurunan berat badan. Tapi, kajian terbaru menunjukkan
Kesihatan

Kajian Baru: Asyik Duduk Je? Ini Cara Nak ‘Balance’ Semula Kesan Buruk Duduk Terlalu Lama

Kita semua tahu duduk lama sangat tak elok untuk badan. Tapi persoalannya, kalau dah memang kerja depan komputer dari pagi