Mimpi Ngeri Boleh Buat Kita Meninggal Awal? Betul Ke Ni?
Pernah tak terjaga tengah malam sebab mimpi hantu, jatuh bangunan atau dikejar benda pelik? Lepas tu jantung rasa macam nak tercabut?

Rupanya, kalau selalu sangat mimpi ngeri, ada kemungkinan ia bukan sekadar ganggu tidur je. Kajian terbaru kata, orang dewasa yang mimpi ngeri setiap minggu ada risiko 3 kali ganda untuk meninggal dunia sebelum umur 75 tahun. Seram, kan?
Kajian ni kumpul data daripada lebih 4,000 orang di Amerika Syarikat, umur antara 26 sampai 74 tahun. Diorang ikut peserta selama 18 tahun. Yang selalu mimpi ngeri, ramai antara mereka meninggal awal. Bukan sebab mimpi tu bunuh mereka, tapi sebab kesan jangka panjang kepada badan.
Tapi… Kenapa Mimpi Boleh Bawa Maut?
Ok, gini. Bila kita mimpi ngeri, otak akan aktif gila masa tidur. Badan kita akan keluarkan hormon stres macam adrenalin dan kortisol, sama macam bila kita kena kejar anjing liar.
Bayangkan kalau benda tu berlaku setiap malam. Badan asyik berada dalam keadaan “siap sedia untuk lari” walaupun kita tengah baring. Lama-lama, tekanan tu buat:
- Jantung bekerja lebih kuat
- Tekanan darah naik
- Sistem badan cepat ‘haus’
- Umur biologi jadi lebih tua dari umur sebenar
Dan satu lagi, bila kita terjaga tengah malam, kita tak sempat nak dapatkan deep sleep yang penting untuk baik pulih badan. Bila tidur pun tak berkualiti, makin cepatlah badan kita “rosak”.
Mimpi Ngeri = Petanda Penyakit?
Kajian dulu-dulu pun pernah kaitkan mimpi ngeri dengan risiko nyanyuk dan Parkinson. Maksudnya, kalau mimpi ngeri terlalu kerap, itu mungkin tanda awal otak kita ada masalah yang bakal muncul di masa depan.
Ramai ke yang Alami Mimpi Ngeri?
Agak ramai juga. Lebih kurang:
- 5% orang dewasa alami mimpi ngeri setiap minggu
- 12.5% alami sebulan sekali
Tapi jangan risau… Ada cara untuk kurangkan!
Macam Mana Nak Elak Mimpi Ngeri?
Beberapa cara yang boleh bantu:
- Terapi CBT-I – untuk bantu orang yang susah tidur
- Imagery Rehearsal Therapy (IRT) – ubah jalan cerita mimpi buruk semasa sedar
- Tidur bilik sejuk, gelap dan bebas skrin – ini paling basic, tapi sangat membantu
Jadi, Perlu Risau Ke?
Tak perlu panik. Kajian ni masih baru dan belum disemak secara rasmi (peer review). Tapi ia cukup kuat sebab:
- Guna ramai peserta
- Tempoh kajian panjang
- Data kematian rasmi, bukan setakat tanya peserta je
Kalau kajian lain sahkan benda ni, tak mustahil satu hari nanti doktor akan mula tanya pasal mimpi kita masa buat pemeriksaan kesihatan. Macam check darah tinggi dan kolesterol tu.
Kesimpulannya…
Mimpi ngeri bukan sekadar buat kita takut waktu malam. Kalau terlalu kerap, ia mungkin bawa kesan besar pada kesihatan dan umur kita.
Jadi, jaga kualiti tidur. Kalau mimpi buruk selalu datang, jangan diam je. Boleh dapatkan bantuan. Lebih baik rawat awal daripada menyesal kemudian.





