Kesihatan Manusia

Minum Kopi Cara Ni Mungkin Buat Korang Hidup Lagi Lama

Kalau korang jenis yang suka kopi kosong tak campur gula atau susu, berita baik untuk korang. Kajian baru-baru ni tunjuk minum kopi boleh panjangkan umur tapi dengan satu syarat, jangan campur benda manis atau lemak.

Sebenarnya dah lama ada teori yang kata kopi boleh kurangkan risiko mati awal, tapi team penyelidik dari Tufts University kali ni nak tahu betul-betul… kalau kita tambah gula, susu, krim, semua tu masih sihat ke kopi tu?

Menurut Bingjie Zhou, salah seorang penyelidik, kajian ni antara yang pertama tengok betul-betul berapa banyak orang biasa letak gula dan lemak tepu dalam kopi. Hasil dia, memang selari dengan saranan pemakanan sihat kurangkan gula dan lemak tepu tu.

Jadi, apa yang diorang jumpa?

Mereka tengok data lebih 46 ribu orang dewasa kat US, dalam tempoh lebih kurang 9 hingga 11 tahun. Dalam masa tu, lebih 7 ribu orang meninggal dunia. Bila mereka bandingkan balik dengan tabiat minum kopi… ada kaitan menarik.

Orang yang minum kopi kosong atau yang sangat sikit gula dan susu ada 14 peratus kurang risiko untuk mati awal berbanding orang yang langsung tak minum kopi.

Tapi bila korang mula tuang banyak gula, susu full cream atau krim, semua manfaat tu hilang terus.

Nak tahu berapa banyak eloknya minum? Kajian kata antara 2 ke 3 cawan sehari adalah yang paling ideal. Lebih dari tu belum tentu elok, dan kurang dari tu mungkin tak cukup untuk dapat kesan yang sama.

Oh ya, kopi tanpa kafein tak bagi kesan yang sama. So, nampaknya kafein tu main peranan penting. Tapi bila dah tambah benda lain macam gula dan krim, dia jadi tak sihat balik.

Kata Dr Fang Fang Zhang, kopi ni antara minuman paling ramai orang minum dalam dunia. Jadi logiklah kalau kita tahu cara betul minum untuk dapat manfaat kesihatan.

Kesimpulan dia senang je. Kalau korang memang minum kopi tiap pagi, kurangkanlah benda manis-manis tu. Cuba layan rasa asli kopi tu. Lama-lama boleh biasakan.

Korang bukan je jaga kesihatan, tapi boleh juga panjangkan umur. Best kan?

Kajian ni diterbitkan dalam The Journal of Nutrition

You may also like

Kesihatan

Ozempic tak cukup power?Kajian buktikan ada cara 5 Kali Ganda Lebih Efektif Daripada Ozempic

Ramai yang tahu keberkesanan ubat seperti Ozempic dan ubat semaglutide lain dalam membantu penurunan berat badan. Tapi, kajian terbaru menunjukkan
Kesihatan

Kajian Baru: Asyik Duduk Je? Ini Cara Nak ‘Balance’ Semula Kesan Buruk Duduk Terlalu Lama

Kita semua tahu duduk lama sangat tak elok untuk badan. Tapi persoalannya, kalau dah memang kerja depan komputer dari pagi