Kesihatan

Ubat Baru Macam Ozempic Tapi Tak Perlu Cucuk dan Kurang Kesan Sampingan

Bayangkan ada ubat untuk kawal diabetes jenis 2 dan bantu turunkan berat badan, tapi tak perlu cucuk langsung. Ya, saintis kini tengah uji sejenis ubat baru yang boleh diambil secara telan je, dan katanya lebih selamat berbanding Ozempic.

Ubat ni buat masa ni diberi nama sementara compound 15 (memang belum ada nama komersial catchy lagi), dan ia berfungsi dengan cara yang berbeza daripada Ozempic. Kalau Ozempic guna mekanisme GLP-1 receptor, ubat ni pula sasarkan reseptor β2-adrenergik (β2AR) dalam badan.

Apa benda tu reseptor β2AR? Nak senang faham, ini reseptor yang biasa ‘dibangunkan’ oleh ubat asma seperti Ventolin. Tapi, ada risiko juga kalau ubat jenis ni digunakan lama sangat boleh kacau jantung, buat degupan laju dan tekanan darah naik.

Tapi compound 15 ni special sikit. Ia direka supaya hanya aktifkan laluan tertentu je dalam badan, jadi tak kacau jantung. Yang bestnya, ia bantu otot kita ambil glukosa (gula) dari darah dan bakar lemak, macam efek lepas bersenam, tapi kita tak perlu pun exercise berat.

Dalam ujian awal dekat tikus dan anjing beagle (serius ni), ubat ni tunjuk kesan yang positif: kawal paras gula, kurangkan lemak, dan bantu bina otot. Lebih penting, takde kesan sampingan besar macam jantung bengkak atau otot rosak.

Paling menarik, ubat ni tak kurangkan selera makan macam Ozempic, dan tak sebabkan kehilangan otot. Ini berita baik untuk orang yang risau badan jadi lemah lepas ambil ubat kurus.

Setakat ni, dah ada ujian klinikal fasa pertama dijalankan ke atas manusia (yang sihat dan juga yang ada diabetes jenis 2), dan hasilnya: ubat ni selamat dan boleh diserap badan dengan baik bila ditelan. Ujian fasa kedua tengah berjalan sekarang untuk tengok keberkesanannya betul-betul.

Kalau semuanya lancar, ubat ni bukan saja boleh bantu kawal diabetes dan berat badan, tapi mungkin juga berguna untuk penyakit lain macam otot mengecut atau masalah otot tua (sarcopenia).

Tapi macam biasalah, semua ni masih dalam kajian. Kita tunggu dan lihat hasil ujian klinikal yang seterusnya. Harapnya satu hari nanti, tak payah lagi nak cucuk tiap minggu atau hadap kesan sampingan pelik bila nak jaga kesihatan.

Kajian penuh diterbitkan dalam jurnal Cell.

You may also like

Kesihatan

Ozempic tak cukup power?Kajian buktikan ada cara 5 Kali Ganda Lebih Efektif Daripada Ozempic

Ramai yang tahu keberkesanan ubat seperti Ozempic dan ubat semaglutide lain dalam membantu penurunan berat badan. Tapi, kajian terbaru menunjukkan
Kesihatan

Kajian Baru: Asyik Duduk Je? Ini Cara Nak ‘Balance’ Semula Kesan Buruk Duduk Terlalu Lama

Kita semua tahu duduk lama sangat tak elok untuk badan. Tapi persoalannya, kalau dah memang kerja depan komputer dari pagi